ARTIKEL OLEH DALAM KATEGORI Berita Negeri PADA Jan 27, 2012 | 0 komen
SETIAP TEGURAN DALAM...
Setiap Laporan Ketua Audit dengan mendedahkaan kesilapan dan kelemahan yang sepatutnya boleh dielakkan di jabatan dan agensi kerajaan, wajar...
ARTIKEL OLEH DALAM KATEGORI Berita Negeri PADA Jan 26, 2012 | 0 komen
NS setuju jual air k...
SEREMBAN. – Kerajaan negeri bersetuju menjual air terawat kepada Selangor bagi mengatasi kemelut bekalan air yang bakal dihadapi oleh negeri...
ARTIKEL OLEH DALAM KATEGORI Berita Negeri PADA Jan 25, 2012 | 0 komen
KUKUHKAN PERPADUAN
SEREMBAN 23 Jan. – Penduduk negeri ini diminta menjadikan perpaduan sebagai asas keharmonian dan kemakmuran biarpun terdapat perselisihan dari segi...
featured news
Prev NextJendela9 Tahun Baru Cina 2012
SETIAP TEGURAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT – JADIKAN PADUAN
Setiap Laporan Ketua Audit dengan mendedahkaan kesilapan dan kelemahan yang sepatutnya boleh dielakkan di jabatan dan agensi kerajaan, wajar dijadikan panduan oleh semua penjawat awam di seluruh negeri ini.
Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, langkah ini perlu sebagai sebahagian daripada usaha murni ke arah mengwujudkan `High Performance Public Service’ yang mahukan penjawat awam berhijrah daripada prestasi yagn bersifat `Mediocre’.
“Dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti di bawah program transformasi kerajaan dan ekonomi, banyak yang boleh dipelajari oleh penjawat awam dari Laporan Ketua Audit Negara yagn setiap tahun mendedahkan kesilapan-kesilapan dan kelemahan-kelemahan yagn sepatutnya boleh dielakkan sama ada ianya mengenai penyediaan penyata kewangan, pengurusan kewangan dan pengurusan program serta projek-projek jabatan atau agensi kerajaan, termasuklah syarikat-syarikan milik kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Wisma Audit Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bersempena Sambutan Ke-64 Ulangtahun Hari Keputeraan baginda.
Keberangkatan baginda diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud dan Dato’- Dato’ Undang serta Tunku Besar Tampin, Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Razak Mansor, Setiausaha Kerjaan Negeri, Dato’ Mat Ali Hasan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan.
Menurutnya, peranan dan tanggungjawab penjawat awam dalam menjayakan program transformasi negara amatlah penting dan kritikal sekali dalam merealisasikan aspirasi negara dan harapan rakyat.
“Bagi mencapai tujuan ini, yang amat diperlukan ialah kepimpinan organisasi yagn kreatif dan berinovasi yang boleh menggubah mindset penjawat awam di setiap lapisan agar bersemangat kental, berdedikasi dan peka untuk menzahirkan perkhidmatan awam yang pro-aktif, bertindak pantas dan mementingkan kerjsama sebagai satu pasukan agar sistem penyampaian kerajaan sentiasa berkesan dan memberi impak yagn positif kepada rakyat yagn berkehendakkan perkhidmatan yang baik,” katanya.
Di samping itu katanya, penjawat awam sebagai tulang belakang kerajaan, perlulah memastikan jentera perlaksanaan kerajaan sentaisa cekap, tangkas dan dinamik.
Pada majlis itu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan berkesempatan mencemar duli berangkat melawat di persekitaran Wisma Audit Negara yang berkonsepkan yang berkonsepkan senibina simbolik yang berkekalan dan bermutu tinggi dengan megnambil kira ciri-ciri seni bina setempat masyarakat Negeri Sembilan.
Elemen klasik rekabentuk bangunan ini lebihmenerapkan tiang berhias serta gerbang lengkung yang dilengkapi pula dengan elemen vernacular iaitu padanan rekabentu bumbung perabung yagn membentuk segitiga tebar layar bercirikan minangkabau
NS setuju jual air kepada Selangor
SEREMBAN. – Kerajaan negeri bersetuju menjual air terawat kepada Selangor bagi mengatasi kemelut bekalan air yang bakal dihadapi oleh negeri jiran itu menjelang 2014.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memohon supaya kerajaan negeri mempertimbangkan perkara tersebut selepas wujudnya kekurangan bekalan air terawat di beberapa kawasan di Selangor yang bersempadan dengan Negeri Sembilan.
Katanya, ketika ini, SPAN telah memohon supaya kerajaan negeri menyalurkan bekalan air sebanyak 45juta hingga 70 juta liter sehari kepada Selangor.
”Kita sedang berbincang butiran lanjut perjanjian itu dan nilai yang kita tawarkan mengikut harga komersial,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, hari ini.
Mohamad turut menjelaskan, kerajaan negeri telah pun sebelum ini menyalurkan bekalan air terawat ke kawasan berhampiran seperti di Broga dan Semenyih, Selangor.
”Kita mendapat makluman, terdapat beberapa kawasan di daerah Selangor berhadapan bekalan air tidak menentu dan tekanan rendah. Empat daerah itu ialah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.
“Keadaan itu juga memaksa Syarikat bekalan Air Selangor (Syabas) untuk meningkatkan pengeluaran air pada tahap maksimum iaitu 466 juta liter air sehari di Loji Sungai Langat dan 688 juta liter lagi di Loji Sungai Semenyih,” katanya.
Mohamad memberitahu, sebelum ini negeri itu pernah membeli air terawat dari negeri Selangor dan Johor. Bagaimanapun, kini tidak lagi berhadapan masalah berkenaan selepas beberapa loji rawatan baru siap dibina.
”Sekiranya berlaku krisis bekalan air, empat empangan utama di negeri ini, mampu bertahan untuk tempoh tiga hingga empat bulan,” jelasnya.
Tegasnya, kerajaan negeri kini bersedia untuk menjual air terawat kepada Selangor menjelang awal tahun hadapan.
Loji Ngoi-Ngoi dekat sini, katanya, mampu memproses air terawat sebanyak 135 juta liter sehari akan menjadi ejen pembekal air kepada kawasan yang terjejas di negeri Selangor itu.
”Kerajaan negeri juga mampumembekalkan air ke kawasan utara Johor, jika ada keperluan,” katanya.
Sumber Utusan Malaysia.
