Langgan: Artikel | Komen

PM Meriahkan Majlis Rahmat Ramadhan

0 komen

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak berkesempatan untuk berbuka puasa bersama rakyat Negeri Sembilan dalam Majlis Rahmat Ramadhan yang diadakan di Maskid Bandar Seri Jempol.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan beberapa pemimpin negeri yang lain.

Kira-kira 8,000 penduduk sekitar Jempol dengan sebahagian besarnya peneroka Felda memenuhi tiga khemah besar yang disediakan pada program itu sehingga Datuk Seri Najib beberapa kali memberi penghargaan kepada pemimpin Jempol yang menjayakan program itu.

Beliau juga berkesempatan untuk bersolat jemaah bersama dan menunaikan solat tarawih serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada warga FELDA


Penjawat Awam Negeri Sembilan

2 komen
Penjawat Awam Negeri Sembilan

Alhamdulillah banyak perubahan yang dilihat dari segi kecekapan penjawat awam yang telah dibuat bersama. Masih ada lagi ruang untuk kita pertingkatkan dan perbaiki perkhidmatan kita demi untuk kita memberikan kepuasan kepada orang ramai yang dahagakan perkhidmatan kita. (more…)