subscribe: Posts | Comments

Fungsi

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan menjadi penggerak pertama dalam khidmat sokongan kepada pentadbiran negeri. Pejabat ini menjadi pengkalan kepada semua aktiviti Menteri Besar di dalam segenap urusan pentadbiran.

Di pejabat ini juga segala dasar yang ditentukan oleh Menteri Besar dicerna dan diperluaskan kepada jabatan-jabatan serta agnesi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Segala maklumat mengenai dasar-dasar ini memerlukan satu sistem hebahan yang efektif kepada setiap lapisan masyarakat Negeri Sembilan. Di sinilah pejabat ini menyelarasakan agen-agen penghebahan dasar ini. Antaranya ialah melalui kerjasama dengan media massa, penerbitan kerajaan negeri setiap Majalah Suara Negeri dan juga media elektronik seperti internet.

Pejabat Menteri Besar juga bertugas menjadi tenaga pemantau kepada semua dasar dan projek yang dilaksanakan oleh Menteri Besar.