Langgan: Artikel | Komen

Penjawat Awam Negeri Sembilan

2 komen
Penjawat Awam Negeri Sembilan

Alhamdulillah banyak perubahan yang dilihat dari segi kecekapan penjawat awam yang telah dibuat bersama. Masih ada lagi ruang untuk kita pertingkatkan dan perbaiki perkhidmatan kita demi untuk kita memberikan kepuasan kepada orang ramai yang dahagakan perkhidmatan kita. Dengan itu, selaras ataupun seiring dengan hari inovasi peringkat kebangsaan dan negeri yang diadakan esok, saya ingin untuk memberikan satu semangat kepada semua penjawat awam. Kita sebagai penjawat awam di Negeri Sembilan, mari kita terus melakukan kerja-kerja sebaik yang mungkin. Bekerja dengan baik. Bekerja kuat sahaja tak cukup, tapi U Must Work Smart. Kita mesti work smart dan itulah hasilnya dan dapat kita lihat kalau kita mempunyai daya inovasi dan kreativiti yang baik di kalangan kita.

Kreativiti yang baik di kalangan penjawat awam, jabatan-jabatan dan kumpulan-kumpulan kerja ataupun kumpulan-kumpulan kerja yang kecil di jabatan, kalau mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang baik, ia akan dapat mempertingkatkan prestasi jabatan. Oleh yang demikian, saya berharap supaya kita di setiap jabatan, supaya kita tubuhkan unit inovasi masing-masing.

Saya telah nampak satu alunan ombak di setiap jabatan kerajaan sebagai satu gelombang yang besar untuk kita jadikan satu lonjakan prestasi penjawat awam di Negeri Sembilan. Ini perlu diteruskan dan diuruskan kejayaan ini dengan baik dan kita berikan nafas supaya ia akan terus menjadi gelombang lonjakan prestasi perkhidmatan awam di Negeri Sembilan. Saya harap supaya ini dapat kita jadikan sebagai satu budaya kerja yang baik di kalangan penjawat awam di Negeri Sembilan.

  1. Mubarak says:

    Aslkm. Sy di lahirkan di Tampin NS.Bekerja di Nilai. Menetap di Seremban. Mmg terlewat utk ucap tahniah dan syabas atas perlantikan MB NS. Mmmg nmpk perubahan besar setelah Dato jd MB. Sy ingat lg bila mula saja Dato jd MB & kebetulan SUKMA di NS, Dato buat pintu masuk ke Sban welcome note di traffic light padang MPS. Pas tu sy dah x ikut perkembangan krn sibuk tp sy suka perhatikan perubahan. Then sy lihat dlm kaw bandar Sban,semua longkang di tukar with big and covered drain and with finishing yg cantik, seolah – olah menggambarkan sebuah bandar, seterusnya menyelesaikan masaalah banjir di bandar Sban.Then dah mcm – mcm perubahan berlaku dlm masa 6 thn ++ pemerintahan Dato.Skrang sy pegi keja lalu LBJ,sllu tgk pembangunan di Sendayan, sy tgk it will be a great plsce if Dato organise propelly, krn KLIA,Port Dickson, High way enterance dekat.Bole sy bg sdkt pandangan, Dato usahakan Zoo, taman tema air, hotel, tmn buaya, tmn rama – rama dan pelbagai aktiviti related to pupils. Org akan singgah krn dekat dr semua aspek. Ini cume cadangan saja tp sy ingat Dato lg arif. I go thru ur Biografi then i understand siapa Dato sebenarnya. Ada sy terdengar mcm – mcm mengenai Dato tp percaya lah Dato rakyat kebanyakkan tau kepimpinan Dato and sorry sy bkn org UMNO tp penyokong UMNO semasa pilihanraya krn isteri sy ahli UMNO.Dato buat terbaik utk NS, jgn peduli apa org ckp krn smpai bila pun mrk ini akan buta atas segala kebaikan krn mrk ni org yg tidak yakin pd Qada & Qadar. Allah telah tentukan Dato pemimpin NS, sbg warga NS, sy minta Dato pimpin lh kami kearah NS yg lebih cemerlang. Good luck.

  2. Badarulhisham bin Shamsudin says:

    YB Dato Seri Utama ,
    Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah di atas jasa dan hala tuju pentadbiran YB Dato yang sungguh memberangsangkan dan berjaya kini.Sebagai anak watan Seremban,saya dapati perkembangan kemajuan Seremban khasnya adalah begitu membanggakan selepas pertukaran kepemimpinan kepada YB Dato.Banyak pembaharuan dan pembangunan yang telah YB Dato jalankan.Namun perubahan pembangunan ini sedikit terjejas dengan adanya beberapa buah bangunan pencakar langit yang sedia terbengkalai sejak dahulu lagi.Di Jalan Rahang menuju ke Stesen Keretapi ( bersebelahan klinik Kesihatan )dan di sekitar KPJ, nampaknya telah menjejaskan sedikit permandangan di Seremban.Harap YB Dato dapat membuat sesuatu dengan `pembangunan` yang terbengkalai itu.
    Di kawasan Ampangan, kawasan lapang bersebelahan Stadium Tuanku Abdul Rahman sangat sesuai `sentiasa` diadakan pelbagai program agar ianya tidak nampak seperti terbiar dan dihuni oleh `muda-mudi` yang berlumba motosikal setiap petang.Beberapa program yang telah dijalankan yang lalu sangat baik dan harap dapat dilanjutkan masanya agar semua warga Seremban tidak ketinggalan.Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan tanhiah kepada YB Dato dan saya sentiasa menyokong kepimpinan YB Dato demi untuk pembangunan Seremban dan Negeri Sembilan khasnya.Syabas.

Leave a Reply