subscribe: Posts | Comments

Perluaskan Seni Kaligrafi Di Peringkat Pelajar

1 comment
Perluaskan Seni Kaligrafi Di Peringkat Pelajar

Seni penulisan kaligrafi cina yang diwarisi sejak zaman pemerintahan Dinasti Song, di China lebih seribu tahun lalu perlu terus dipraktikkan dan diajar kepada generasi muda hari ini.

Selain mengekalkan seni budaya bangsa, langkah berkenaan penting supaya kesinambungan kemahiran terus diwarisi dan kekal menjadi sebahagian identiti bangsa itu.
Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, Kerajaan Negeri sentiasa bersikap terbuka dengan memberi galakan dan insentif khususnya berkaitan aspek pendidikan tanpa mengira perbezaan agama dan budaya.

Apa yang penting, barisan pelapis kepimpinan negara masa depan tegasnya perlu diterapkan dengan segala bidang ilmu termasuk meliputi soal warisan kebudayaan bangsa.

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad memuji usaha yang dijalankan Sekolah Tinggi Chung Hwa mengadakan pertandingan kaligrafi setiap tahun dan ia perlu dicontohi sekolah lain kerana ia suatu bentuk pendedahan yang berguna.

Perbezaan budaya yang diwarisi masyarakat majmuk hari ini jelasnya, tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha membina perpaduan diatas semangat 1Malaysia.

  1. harap lepas ni seni khat dan tulisan jawi juga diperkembang dan diperhalusi lagi buat generasi muda anak negeri.

Leave a Reply