SETIAP TEGURAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT – JADIKAN PADUAN
Setiap Laporan Ketua Audit dengan mendedahkaan kesilapan dan kelemahan yang sepatutnya boleh dielakkan di jabatan dan agensi kerajaan, wajar dijadikan panduan oleh semua penjawat awam di seluruh negeri ini.
Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, langkah ini perlu sebagai sebahagian daripada usaha murni ke arah mengwujudkan `High Performance Public Service’ yang mahukan penjawat awam berhijrah daripada prestasi yagn bersifat `Mediocre’.
“Dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti di bawah program transformasi kerajaan dan ekonomi, banyak yang boleh dipelajari oleh penjawat awam dari Laporan Ketua Audit Negara yagn setiap tahun mendedahkan kesilapan-kesilapan dan kelemahan-kelemahan yagn sepatutnya boleh dielakkan sama ada ianya mengenai penyediaan penyata kewangan, pengurusan kewangan dan pengurusan program serta projek-projek jabatan atau agensi kerajaan, termasuklah syarikat-syarikan milik kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Wisma Audit Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bersempena Sambutan Ke-64 Ulangtahun Hari Keputeraan baginda.
Keberangkatan baginda diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud dan Dato’- Dato’ Undang serta Tunku Besar Tampin, Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Razak Mansor, Setiausaha Kerjaan Negeri, Dato’ Mat Ali Hasan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan.
Menurutnya, peranan dan tanggungjawab penjawat awam dalam menjayakan program transformasi negara amatlah penting dan kritikal sekali dalam merealisasikan aspirasi negara dan harapan rakyat.
“Bagi mencapai tujuan ini, yang amat diperlukan ialah kepimpinan organisasi yagn kreatif dan berinovasi yang boleh menggubah mindset penjawat awam di setiap lapisan agar bersemangat kental, berdedikasi dan peka untuk menzahirkan perkhidmatan awam yang pro-aktif, bertindak pantas dan mementingkan kerjsama sebagai satu pasukan agar sistem penyampaian kerajaan sentiasa berkesan dan memberi impak yagn positif kepada rakyat yagn berkehendakkan perkhidmatan yang baik,” katanya.
Di samping itu katanya, penjawat awam sebagai tulang belakang kerajaan, perlulah memastikan jentera perlaksanaan kerajaan sentaisa cekap, tangkas dan dinamik.
Pada majlis itu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan berkesempatan mencemar duli berangkat melawat di persekitaran Wisma Audit Negara yang berkonsepkan yang berkonsepkan senibina simbolik yang berkekalan dan bermutu tinggi dengan megnambil kira ciri-ciri seni bina setempat masyarakat Negeri Sembilan.
Elemen klasik rekabentuk bangunan ini lebihmenerapkan tiang berhias serta gerbang lengkung yang dilengkapi pula dengan elemen vernacular iaitu padanan rekabentu bumbung perabung yagn membentuk segitiga tebar layar bercirikan minangkabau












